Selamat Hari Bapa

on Ahad, Jun 15, 2025

 


SELAMAT HARI BAPA

Saya bersama arwah Ayah di Berek Pegawai Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan pada 1981.

Tahun terakhir ayahanda berkhidmat selama 29 tahun bermula di Penjara Terengganu di Jalan Jail, Kuala Terengganu (Tapak Hentian Bas MBKT sekarang) sebelum berpindah ke Kelantan apabila Penjara Terengganu ditutup.

Berasal dari Lorong Haji Jamil di bandar Kuala Terengganu, arwah seorang yang baik dan tidak garang. Penyabar orangnya dengan kerenah anak-anak.

Saya banyak juga mengikut keperibadian arwah ayah seperti suka menulis dan membaca.

Semoga arwah Ayah ditempatkan dikalangan orang berinan. Amin.

MOHD. ZAIN BIN IBRAHIM, PJK.
1924 - 2008 




SELAMAT HARI BAPA

Haji Abdullah bin Haji Ali adalah datuk saya sebelah ibu. Arwah berasal dari Lorong Che Mat Taukey, Tanjung, Bandar Kuala Terengganu.

Beliau adalah pesara Guru Pertukangan di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan. Selepas bersara, arwah berpindah ke Gong Badak. Kami juga berpindah dan buat rumah di sebelah rumah Tok Ki. Kami adalah penduduk terawal Gong Badak kerana pada masa itu perumahan dan KUSZA belum ada lagi.

Beliau banyak membuat tempahan barangan tembaga. Semasa kecil, saya, sepupu dan bapa saudara yang sebaya menolong Tok Ki di Bangsal Tembaganya.

Walaupun seorang yang tak banyak cakap, beliau seorang yang penyayang dengan cucunya. Tok Ki ibarat bapa kedua kami.

AL FATIHAH untuk arwah Tok Ki.


Ranking: 5

{ 0 Comment... read them below or add one }

Catat Ulasan

Sila nyatakan NAMA PENUH anda apabila memberikan komen atau pertanyaan. Setiap komen akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan. Komen yang tiada nama akan dipadamkan. Terima Kasih.

 
© ADHA ZAIN | Hakcipta Terpelihara 2009 - 2025
D.I.Y Themes ByBelajar SEO